PERATURAN TABUNG KHAIRAT KEMATIAN
Tujuan
Tabung ini ditubuhkan bagi tujuan untuk membolehkan ahli atau keluarga/waris
terdekat yang sah (Suami/Isteri/Anak/Ibu dan Bapa sahaja) mendapat bantuan
khairat kematian apabila berlaku kematian ahli atau keluarga/waris terdekat
sahaja.
Ahli
 |
Semua ahli-ahli Kesatuan ini dengan sendirinya menjadi ahli Tabung Khairat
Kematian |
 |
Seseorang ahli Kesatuan ini yang berhenti menjadi ahli Kesatuan dengan
sendirinya terhenti menjadi ahli Tabung Khairat Kematian |
 |
Seseorang ahli yang terhutang yurannya selama tiga bulan atau lebih, tidak
berhak menerima apa-apa faedah yang ditentukan dalam peraturan-peraturan ini |
Kelayakan Dan Pembayaran Faedah Tabung Khairat Kematian
Tertakluk kepada Peraturan 2 - Ahli, Kelayakan faedah Tabung Khairat Kematian
peraturan-peraturan ini tidaklah boleh dibayar kecuali ahli-ahli itu telah
menjadi ahli Kesatuan ini dengan tidak putus-putus selama sekurang-kurangnya 24
bulan/2 tahun. Pembayaran hendaklah tertakluk kepada syarat berikut :-
 |
Seseorang yang menjadi ahli kesatuan dua (2) tahun berterusan dan ke atas
akan dibayar kepada keluarganya sebanyak RM500.00 |
 |
Seseorang yang menjadi ahli kesatuan dua (2) tahun berterusan dan ke atas
yang kematian keluarga/waris terdekat akan dibayar sebanyak RM200.00 |
 |
Sekiranya terdapat lebih dari seorang ahli keluarga/waris terdekat
kematian atau meninggal dunia, ahli kesatuan tersebut akan dibayar sebanyak
RM200.00 bagi setiap mereka |
 |
Sekiranya terdapat ahli kesatuan yang merupakan adik-beradik yang anggota
keluarganya Ibu atau Bapa yang meninggal dunia, hanya seorang ahli kesatuan
sahaja yang berhak dibayar sebanyak RM200.00 |
Permohonan / Syarat-Syarat Tuntutan
 |
Surat bagi memaklumkan hendaklah dibuat dengan seberapa segera setelah
berlaku kematian seseorang ahli atau keluarga/waris terdekat itu dengan
mengemukakan tuntutan tersebut dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh
kematian |
 |
Tiap-tiap permohonan hendaklah disokong dengan Salinan Sijil Perakuan
Kematian yang disahkan oleh MJK Pusat/Pengerusi Negeri atau Wakil Negeri
berkenaan |
 |
Permohonan-permohonan yang diterima selepas tarikh yang ditentukan itu
tidak akan dilayan atau tidak layak menerima faedah Tabung Khairat Kematian |
 |
Semua permohonan hendaklah dialamatkan kepada Setiausaha Kesatuan d/a Bank
Simpanan Nasional Tkt.1 Wisma BSN 117 Jalan Ampang 50450 KUALA LUMPUR |
|