SEMENANJUNG MALAYSIA (No. Pendaftaran 680) No. 71B-2A Jalan Pandan Cahaya 2/5 Pandan Cahaya 68000 Ampang Selangor Darul Ehsan Tel : 03-42977571
|
Sekapur Sireh Daripada Presiden KKBSN 2001/2003
Assalamualaikum wbt & Selamat Sejahtera, Tuan/Puan Ahli KKBSN, Selamat Datang Ke Laman Rasmi Kesatuan Kakitangan Bank Simpanan Nasional Semenanjung Malaysia. Alhamdulilah.. akhirnya di atas daya usaha MJK KKBSN, dapat mengujudkan laman web internet KKBSN yang khasnya ditujukan kepada semua ahli Kesatuan yang berdaftar dan ianya mengandungi berbagai maklumat yang boleh dicapai. Semoga laman ini akan memberi menfaat kepada semua ahli dalam memajukan organisasi Kesatuan ini. Untuk makluman, KKBSN akan mengadakan Mesyuarat Agong Dwi Tahunan Ke 10 yang akan diadakan pada 20hb September 2003 bertempat di Hotel City Villa, Kuala Lumpur. Oleh yang demikian, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat bermesyuarat kepada semua ahli dan juga selamat maju jaya kepada ahli-ahli yang akan bertanding di dalam mesyuarat ini. Terima kasih. 'Kesatuan Kita Adalah Kita' Sdr. Borhanuddin Hj. Ahmad Presiden KKBSN
Notis Mesyuarat Agong Dwi Tahunan Ke 10
Semua Ahli-Ahli Kesatuan Kakitangan Bank Simpanan Nasional Semenanjung Malaysia.
Tuan/puan, NOTIS MESYUARAT AGONG DWI TAHUNAN KE 10. Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agong Dwi Tahunan Ke 10 akan diadakan pada 20hb Sept 2003 di Hotel City Villa, Jalan Haji Hussin, Kuala Lumpur. Ahli-ahli adalah dijemput hadir. Bersama-sama ini dikemukakan aturcara mesyuarat untuk rujukan tuan/puan. Tuan/puan juga adalah diminta untuk memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut :
Kerjasama serta kehadiran tuan/puan adalah amat diharapkan bagi menjamin kelicinan perjalanan Mesyuarat Agong.
Sekian, terima kasih.
Yang menjalankan tugas,
MOHD NAZIR JASIN Setiausaha
ATURCARA MESYUARAT AGONG DWI TAHUNAN KE 10
20hb. September 2003 (Sabtu)
21hb. September 2003 (Ahad)
Muaturun (Downloading) [Notis Mesyuarat Agong Dwi Tahunan Ke 10] [Aturcara Mesyuarat Agong Dwi Tahunan Ke 10] [Borang Pencalonan MJK KKBSN 2003 - 2005]
Misi Kesatuan
Sejarah Penubuhan KKBSNKesatuan Pekerja-Pekerja Bank Simpanan Nasional Semenanjung Malaysia (KPPBSN) telah ditubuhkan pada 16 Disember 1984 dengan keahlian hampir 500 pekerja. Keujudannya tidak menjalankan sebarang aktiviti dan malangnya telah dibatalkan oleh Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja pada 12 Mac 1990. Pendaftaran dibatalkan kerana kakitangan dan pentadbir yang diamanahkan telah mendapat tempat yang baik di BSN telah meninggalkan KPPBSN tanpa haluan dan akhirnya KPPBSN telah didakwa dengan menyerahkan butir keahlian dan kewangan/harta kepada Pemegang Amanah Raya pada 10 Oktober 1990. Dalam hubungan di atas, pada 10 Jun 1990, satu perjumpaan telah diadakan dengan hasilnya AJK Penaja diwujudkan dengan menghantar draf Undang-Undang Kecil Kesatuan baru kepada Pendaftar dengan AJK Penaja adalah seperti berikut Yang Di Pertua : Sdr. Zulkifli Lamin (Selangor) Naib Yang Di Pertua : Sdr. A. Rahman Mat ( K. Lumpur) Setiausaha : Sdr. Shahrin Hj. Mohd Ali (K. Lumpur) Penolong Setiausaha : Sdr. Mohd Ghazali Abu Zahid (K. Lumpur) Bendahari : Sdr. Dzulkifli Mohd Taharin (Perak) Ahli Jawatankuasa : Sdr. Anuar Fiee (Selangor) : Sdr. Hashim Abdul (Selangor) Dengan daya usaha dan kesungguhan AJK Penaja, Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja telah meluluskan permohonan pendaftaran kesatuan baru di atas nama KESATUAN KAKITANGAN BANK SIMPANAN NASIONAL (KKBSN) No. Pendaftaran : 680 pada 26 April 1991. Setelah KKBSN diterima pendaftarannya, KKBSN memulakan strategi bergerak dengan aktif dalam menjalankan aktivitinya mengikut undang-undang dari masa ke masa. Pertambahan ahli adalah sangat menggalakkan di atas kesedaran dan tanggungjawab kakitangan BSN sendiri tanpa paksaan dan bergerak dengan senyap dan 'low profile'.
Bangunan Baru Pejabat KKBSNPihak Kesatuan telah berjaya memiliki sebuah bangunan di Pandan Cahaya, Ampang, Selangor yang telah dijadikan pejabat tetap Kesatuan setelah sekian lama menyewa di sebuah premis di Pandan Indah, Kuala Lumpur. Adalah diharapkan pejabat ini akan menjadi nadi dan wadah perjuangan ahli Kesatuan di dalam memajukan Kesatuan ini demi masa depan kita semua.
![]() Anda adalah pelawat yang ke
|
Send mail to kkbsn@po.jaring.my with
questions or comments about this web site.
|