[Company Logo]KESATUAN KAKITANGAN BANK SIMPANAN NASIONAL

SEMENANJUNG MALAYSIA

(No. Pendaftaran 680)

No. 71B-2A Jalan Pandan Cahaya 2/5 Pandan Cahaya

68000 Ampang Selangor Darul Ehsan

Tel : 03-42977571

Home

Khairat Kematian

 

PERATURAN TABUNG KHAIRAT KEMATIAN

Tujuan

Tabung ini ditubuhkan bagi tujuan untuk membolehkan ahli atau keluarga/waris terdekat yang sah (Suami/Isteri/Anak/Ibu dan Bapa sahaja) mendapat bantuan khairat kematian apabila berlaku kematian ahli atau keluarga/waris terdekat sahaja.

 

Ahli

bullet

Semua ahli-ahli Kesatuan ini dengan sendirinya menjadi ahli Tabung Khairat Kematian

bullet

Seseorang ahli Kesatuan ini yang berhenti menjadi ahli Kesatuan dengan sendirinya terhenti menjadi ahli Tabung Khairat Kematian

bullet

Seseorang ahli yang terhutang yurannya selama tiga bulan atau lebih, tidak berhak menerima apa-apa faedah yang ditentukan dalam peraturan-peraturan ini

 

Kelayakan Dan Pembayaran Faedah Tabung Khairat Kematian

Tertakluk kepada Peraturan 2 - Ahli, Kelayakan faedah Tabung Khairat Kematian peraturan-peraturan ini tidaklah boleh dibayar kecuali ahli-ahli itu telah menjadi ahli Kesatuan ini dengan tidak putus-putus selama sekurang-kurangnya 24 bulan/2 tahun. Pembayaran hendaklah tertakluk kepada syarat berikut :-

bullet

Seseorang yang menjadi ahli kesatuan dua (2) tahun berterusan dan ke atas akan dibayar kepada keluarganya sebanyak RM500.00

bullet

Seseorang yang menjadi ahli kesatuan dua (2) tahun berterusan dan ke atas yang kematian keluarga/waris terdekat akan dibayar sebanyak RM200.00

bullet

Sekiranya terdapat lebih dari seorang ahli keluarga/waris terdekat kematian atau meninggal dunia, ahli kesatuan tersebut akan dibayar sebanyak RM200.00 bagi setiap mereka

bullet

Sekiranya terdapat ahli kesatuan yang merupakan adik-beradik yang anggota keluarganya Ibu atau Bapa yang meninggal dunia, hanya seorang ahli kesatuan sahaja yang berhak dibayar sebanyak RM200.00

 

Permohonan / Syarat-Syarat Tuntutan

bullet

Surat bagi memaklumkan hendaklah dibuat dengan seberapa segera setelah berlaku kematian seseorang ahli atau keluarga/waris terdekat itu dengan mengemukakan tuntutan tersebut dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh kematian

bullet

Tiap-tiap permohonan hendaklah disokong dengan Salinan Sijil Perakuan Kematian yang disahkan oleh MJK Pusat/Pengerusi Negeri atau Wakil Negeri berkenaan

bullet

Permohonan-permohonan yang diterima selepas tarikh yang ditentukan itu tidak akan dilayan atau tidak layak menerima faedah Tabung Khairat Kematian

bullet

Semua permohonan hendaklah dialamatkan kepada Setiausaha Kesatuan d/a Bank Simpanan Nasional Tkt.1 Wisma BSN 117 Jalan Ampang 50450 KUALA LUMPUR

 

 

Home ] 

Send mail to kkbsn@po.jaring.my with questions or comments about this web site.
Copyright © 2003 Kesatuan Kakitangan Bank Simpanan Nasional Semenanjung Malaysia
Last modified: July 27, 2003