[Company Logo]KESATUAN KAKITANGAN BANK SIMPANAN NASIONAL

SEMENANJUNG MALAYSIA

(No. Pendaftaran 680)

No. 71B-2A Jalan Pandan Cahaya 2/5 Pandan Cahaya

68000 Ampang Selangor Darul Ehsan

Tel : 03-42977571

Laman Utama

 

MJK KKBSN
Khairat Kematian
Keahlian
Mengikut Pejabat

 

[Sekapur Sireh]

[Notis Mesyuarat Agong]

[Misi Kesatuan]

[Sejarah Penubuhan]

[Bangunan Baru Kesatuan]

 

Sekapur Sireh Daripada Presiden KKBSN 2001/2003

Assalamualaikum wbt & Selamat Sejahtera,

Tuan/Puan Ahli KKBSN,

Selamat Datang Ke Laman Rasmi Kesatuan Kakitangan Bank Simpanan Nasional Semenanjung Malaysia. Alhamdulilah.. akhirnya di atas daya usaha MJK KKBSN, dapat mengujudkan laman web internet KKBSN yang khasnya ditujukan kepada semua ahli Kesatuan yang berdaftar dan ianya mengandungi berbagai maklumat yang boleh dicapai. Semoga laman ini akan memberi menfaat kepada semua ahli dalam memajukan organisasi Kesatuan ini.

Untuk makluman, KKBSN akan mengadakan Mesyuarat Agong Dwi Tahunan Ke 10 yang akan diadakan pada 20hb September 2003 bertempat di Hotel City Villa, Kuala Lumpur. Oleh yang demikian, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat bermesyuarat kepada semua ahli dan juga selamat maju jaya kepada ahli-ahli yang akan bertanding di dalam mesyuarat ini.

Terima kasih.

'Kesatuan Kita Adalah Kita' 

Sdr. Borhanuddin Hj. Ahmad

Presiden KKBSN

 

 

 

Notis Mesyuarat Agong Dwi Tahunan Ke 10

 

 

Semua Ahli-Ahli

Kesatuan Kakitangan Bank Simpanan Nasional

Semenanjung Malaysia.

 

Tuan/puan,

NOTIS MESYUARAT AGONG DWI TAHUNAN KE 10.

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agong Dwi Tahunan Ke 10 akan diadakan pada 20hb Sept 2003 di Hotel City Villa, Jalan Haji Hussin, Kuala Lumpur. Ahli-ahli adalah dijemput hadir.

Bersama-sama ini dikemukakan aturcara mesyuarat untuk rujukan tuan/puan. Tuan/puan juga adalah diminta untuk memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut :

bullet

Ahli-ahli yang ingin mengemukakan calun bolehlah menggunakan borang yang disertakan dan hendaklah sampai kepada Setiausaha sebelum atau pada 31hb Julai 2003.

bullet

Ahli-ahli yang ingin mengemukakan usul diminta menghantarkan usul-usul secara bertulis dan hendaklah sampai kepada Setiausaha sebelum atau pada 31hb Julai 2003. Usul-usul secara lisan tidak akan diterima semasa Mesyuarat Agong.

 

Kerjasama serta kehadiran tuan/puan adalah amat diharapkan bagi menjamin kelicinan perjalanan Mesyuarat Agong.

 

Sekian, terima kasih.

 

Yang menjalankan tugas,

 

 

MOHD NAZIR JASIN

Setiausaha

 

 

ATURCARA MESYUARAT AGONG DWI TAHUNAN KE 10

 

20hb. September 2003 (Sabtu)

 

8.30 pagi Pendaftaran Penginapan
12.00 tengahari Makan Tengahari
1.45 petang

Kehadiran Peserta

2.00 petang Perasmian Mesyuarat Agong Dwi Tahunan Ke 10
3.00 petang Minum Petang
3.30 petang Mesyuarat Agong Bersidang
8.30 malam Majlis Makan Malam

 

21hb. September 2003 (Ahad)

 

8.30 pagi Minum Pagi
12.30 tengahari Check Out

Muaturun (Downloading)

[Notis Mesyuarat Agong Dwi Tahunan Ke 10]

[Aturcara Mesyuarat Agong Dwi Tahunan Ke 10]

[Borang Pencalonan MJK KKBSN 2003 - 2005]

 

Misi Kesatuan

bullet

Memajukan kepentingan ahli dalam bidang perhubungan perusahaan, kemasyarakatan dan ilmu pengetahuan

bullet

Mengatur perhubungan di antara pekerja dengan majikan bagi maksud melaksanakan perhubungan perusahaan yang baik, meningkatkan daya pengeluaran dan memperolehi serta mengekalkan bagi ahli-ahlinya sukatan gaji yang adil dan sesuai, syarat-syarat pekerjaan yang berpatutan dan keselamatan pekerjaan

bullet

Mengaturkan perhubungan di antara ahli dengan ahli atau di antara ahli dengan lain-lain pekerja atau ahli dengan Kesatuan atau Pegawai Kesatuan atau di antara Pegawai Kesatuan dengan Kesatuan dan menyelesaikan sebarang perselisihan atau pertikaian di antara mereka itu dengan cara aman dan bermuafakat atau melalui jentera penimbangtara

bullet

Memajukan kebajikan ahli-ahli Kesatuan dari segi sosial, kebendaan dan pendidikan menurut undang-undang

bullet

Memberi bantuan guaman kepada ahli-ahli berhubung dengan pekerjaan mereka jika dipersetujua oleh Majlis Jawatankuasa Kerja

bullet

Memberi bantuan kepada ahli-ahli jika dipersetujui oleh Majlis Jawatankuasa Kerja seperti pembiayaan di masa teraniaya atau di masa pertikaian kerja

bullet

Menganjurkan dan mengendalikan kursus, dailog, seminar dan sebagainya untuk kebajikan ahli-ahli Kesatuan khasnya dan para pekerja amnya

bullet

Mengendalikan jika dipersetujui oleh Mesyuarat Agung, urusan mengarang, mencetak, menerbit dan mengedarkan sebarang suratkhabar, majalah, surat berita atau lain-lain penerbitan untuk menjayakan tujuan-tujuan Kesatuan ini atau untuk memajukan kepentingan-kepentingan ahli-ahli Kesatuan

bullet

Secara amnya, melaksanakan sebarang tujuan Kesatuan Sekerja yang sah di sisi undang-undang

 

Sejarah Penubuhan KKBSN

Kesatuan Pekerja-Pekerja Bank Simpanan Nasional Semenanjung Malaysia (KPPBSN) telah ditubuhkan pada 16 Disember 1984 dengan keahlian hampir 500 pekerja. Keujudannya tidak menjalankan sebarang aktiviti dan malangnya telah dibatalkan oleh Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja pada 12 Mac 1990. Pendaftaran dibatalkan kerana kakitangan dan pentadbir yang diamanahkan telah mendapat tempat yang baik di BSN telah meninggalkan KPPBSN tanpa haluan dan akhirnya KPPBSN telah didakwa dengan menyerahkan butir keahlian dan kewangan/harta kepada Pemegang Amanah Raya pada 10 Oktober 1990.

Dalam hubungan di atas, pada 10 Jun 1990, satu perjumpaan telah diadakan dengan hasilnya AJK Penaja diwujudkan dengan menghantar draf Undang-Undang Kecil Kesatuan baru kepada Pendaftar dengan AJK Penaja adalah seperti berikut

Yang Di Pertua                 :    Sdr. Zulkifli Lamin (Selangor)

Naib Yang Di Pertua        :    Sdr. A. Rahman Mat ( K. Lumpur)

Setiausaha                         :    Sdr. Shahrin Hj. Mohd Ali (K. Lumpur)

Penolong Setiausaha        :    Sdr. Mohd Ghazali Abu Zahid (K. Lumpur)

Bendahari                          :    Sdr. Dzulkifli Mohd Taharin (Perak)

Ahli Jawatankuasa           :    Sdr. Anuar Fiee (Selangor)

                                            :    Sdr. Hashim Abdul (Selangor)

Dengan daya usaha dan kesungguhan AJK Penaja, Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja telah meluluskan permohonan pendaftaran kesatuan baru di atas nama KESATUAN KAKITANGAN BANK SIMPANAN NASIONAL (KKBSN) No. Pendaftaran : 680 pada  26 April 1991.

Setelah KKBSN diterima pendaftarannya, KKBSN memulakan strategi bergerak dengan aktif dalam menjalankan aktivitinya mengikut undang-undang dari masa ke masa. Pertambahan ahli adalah sangat menggalakkan di atas kesedaran dan tanggungjawab kakitangan BSN sendiri tanpa paksaan dan bergerak dengan senyap dan 'low profile'. 

 

Bangunan Baru Pejabat KKBSN

Pihak Kesatuan telah berjaya memiliki sebuah bangunan di Pandan Cahaya, Ampang, Selangor yang telah dijadikan pejabat tetap Kesatuan setelah sekian lama menyewa di sebuah premis di Pandan Indah, Kuala Lumpur. Adalah diharapkan pejabat ini akan menjadi nadi dan wadah perjuangan ahli Kesatuan di dalam memajukan Kesatuan ini demi masa depan kita semua.

[Lihat Gambar]

 
Alamat Rasmi KKBSN & No. Telefon
             No. 71B-2A Jalan Pandan Cahaya 2/5 Pandan Cahaya
             68000 Ampang Selangor Darul Ehsan
             03-42977571
 
E-Mail
            kkbsn@po.jaring.my
            kkbsn@hotmail.com
 
 

Anda adalah pelawat yang ke Hit Counter

 

 

[ Home ] MJK KKBSN ] Khairat Kematian ] Keahlian ] Mengikut Pejabat ] 

Send mail to kkbsn@po.jaring.my with questions or comments about this web site.
Copyright © 2003 Kesatuan Kakitangan Bank Simpanan Nasional Semenanjung Malaysia
Last modified: July 27, 2003